Syukur,syukur

Bismillah
Assalamualaikum

Hey 

So,walaupun hari ni hari khamis,tapi sebab esok satu hari dengan sensei kesayangan,so i consider that the weekend has already started :p
(In truth,i am REALLY LAZY right now,ye lah,takde report,minggu depan test takde  sigh)

Minggu ni memang taihen,test jyouhou dengan test denjiki(subjek ni memang susah TT).syukur sangat dah lepas,harap geng-geng lain pun made it through this week's challenges.

Ok.siapa tahu kali ni pasal apa?siapa boleh teka?
"Oh me,me *waves hand wildly*"
"Yes,the handsome gentleman at the back"
"Being grateful(bersyukur)"

Yes,being grateful.kotoba(perkataan) yang amat mudah untuk kita nasihatkan orang lain tapi amat susah untuk istiqamah melakukannya.

"Bersyukur lah weh,orang lain takde pun etc etc..."

TETAPI
Macam mana nak betul-betul memahami,mengetahui,dan mempraktikkan bersyukur dalam kehidupan seharian?(baku bak hang ><)
Ok,no,seriously macam mana nak identify bila kita kena bersyukur?
Bear with me,this is going to take a while

Ok

"Pergh untunglah kau,aku dapat jawab lima soalan je kot tadi"kata si A kepada si B sambil didengari si C yang memang nak menangis jawab exam tadi

"Haish,aku jealous lah tengok kak yati tu,setiap minggu baju kebarung baru liplap liplap,jom minggu ni kita pergi klcc beli baju"rungut kak eton kepada kak enab yang hanya memakai baju kurung ibunya yang sudah lusuh

"Kau tengok ali tu,dia pakai iphone 6 plus plus,aku punya iphone 6 ni dah nampak macam sampah,geli aku nak pakai,eii,takleh jadi ni,sekarang juga aku nak pergi beli"kata abu kepada samad yang sedang memegang handfon nokia 3310 dalam kocek seluarnya

Dan banyak lagi situasi atau keadaan sebegini dalam kehidupan kita.ada saja ragam dan ketidak puas hatian kita dalam hidup ni,ini tak kena,itu tak kena.
Pagi-pagi dah bangun lambat ke kelas,kena marah dengan lecturer,kena gelak dengan kawan-kawan,malam-malam dengar isteri membebel,eh!

However,little did we know,others had it worse than us.si C yang memang nak menangis jawab exam tadi,kak enab yang hanya memakai baju kurung maknya dan samad yang hanya memakai nokia 3310.

Agak-agak lah,apa perasaan si C,kak enab dengan samad bila dengar member -member diorang cakap macam tu?Tak ke terasa hati diorang?

"Weh bersyukur lah,others got it worse kot,Allah tarik balik baru tahu"getus hati si C,kak enab dan samad.

Ha ini lah yang nak dihighlight-warna-kuningkan di sini.MIND YOUR WORDS,always.bukannya diorang mencarut pun,they just simply being unsatisfied with their effort,the condition they are in,and wanted to be better,wanted more. But by expressing it out loud,they have accidently hurt other people's feeling.
Sure,they didn't mean it,but it would have been better if they just kept it to themselves instead of announcing it out loud( nak complain,pi complain kat tikar sejadah abang kakak oi).lagi-lagi dengan media sosial zaman sekarang,tweet/post sikit,semua terasa.

Yelah,hati manusia,susah nak kawal.maybe si A,kak eton dan abu just wanted to share their feelings with their friends(nak tenangkan diri lah katakan).
Maybe,diorang tak berniat langsung nak hurt their friend's feeling at all

Tapi hati manusia kot.dah si C,kak enab dan samad terasa,nak buat macam mana.nangis bawah shower jelah kan(kk gurau je ).

However,haaaa,ni semua boleh dielakkan dengan menyemai sikap bersyukur dalam diri masing-masing.should each and everybody redha dan percaya Allah always has something better in store for them,the world would surely become a better place iA.

"Macam mana abang oh abang?"

Perlu ke jealous tengok orang lain pakai barang-barang yang lagi canggih dari kita?kasut,baju,beg,gadget,kereta,rumah dan etc etc. bersyukur lah dengan result yang kita dapat dan ketahuilah bahawa ianya setimpal dengan apa yang kita telah usahakan.

Nak dapat markah penuh,usaha lah 'penuh-penuh'. Tak bersyukur dengan apa yang kita ada? Ingat lagi tak baru-baru ni( takde lah baru sangat) negeri kelantan banjir? Ada pakcik and makcik tu tinggal tangga batu je,rumah dia hilang. Kita ni dok fikir bila nak beli iphone yang latest,orang kat negara lain dok fikir,tahun bila dia boleh dapat sesuap nasi,esok lusa depa hidup lagi ke tak.

2:216 kot,so risau apa lagi,relax je.
Just bersyukur sokmo,iA Allah akan bagi lagi banyak. Keep praying,kalau tak dapat segera,dapat kemudian. Cuba bayangkan kau seorang boss di sebuah syarikat,kau bagi macam-macam kat pekerja kau tapi diorang buat dek je,terima kasih pun takde. Mesti rasa menyampah kan? Rasa taknak bagi apa-apa dah kan? So,just keep calm and say alhamdulillah,in every situation wether good or bad.because Allah will surely reward us.

So,harap apa yang aku cuba sampaikan kali ini,sampai. Just sabar,bersyukur dalam apa keadaan pun. Ujian datang untuk menguatkan kita,2:286. Plus,dosa kita yang banyak melimpah ruah ni,kita tak perlu barang-barang duniawi,tambah dosa riak je. Kalau guna harta untuk tolong sesama orang islam,takpe.kalau kawan kau tak cukup makan pun kau tak ambik kisah,where is the love? Kalau kau pakai barang mahal-mahal,tapi berat nak guna untuk islam,lambat kau dihisab nanti.nanti akan ditanya,"iphone 6 plus plus kau guna untuk buat apa?kau pergi mana pakai kasut nike tu?".ha berpeluh nak jawab
 
So,sekali lagi,just bersyukur.ok? 

Micheal jackson pernah berkata dalam lagunya 'man in the mirror'

Im starting with the man in the mirror,
Im asking him to change his ways,
No message could have been any clearer,
If you want to make the world a better place,
Take a look at yourself and make the change.

Kalau takleh terima ni,cer buka 13:11.

Sekian
-fin-

Fuh panjang sikit kali ini.sebab nya kali ini,umm,how to put,umm,entahlah ada semacam feeling blessed this past week.
So,rasa macam kena kongsi kan feeling ni,macam nak spread positivity.

Aku pun manusia,apa yang aku tulis ni memang jujur,come from my heart,so kalau ada salah silap,tegur aku.entry ini bukan untuk menyentap sesiapa,aku harap sesiapa yang baca,baca dengan hati yang terbuka. Ada tak puas hati ke,just fire those questions away.

Aku sampai terbayang,in this corrupted world,kalau semua orang tegur-menegur each other,betulkan salah silap ie amar makruf nahi mungkar,kan molek gitu?
Media social jadi best,pemimpin dunia pun baik-baik.suatu hari nanti kot.hehe.

Peace

Comments

Popular posts from this blog

Summer time

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

Manusia