先生の日,おめでとう

Bismillah 

Selesai membuat kousatsu(conclusion) ke 9 untuk jikken denden(eksperimen),aku menutup report dan memasukkannya ke dalam beg dan bersedia untuk tidur.setelah mengambil wuduk,aku menutup 'bedside lamp' dan melelapkan mata,dengan harapan dan doa agar dapat melalui seminggu lagi di JAD ni

Assalamualaikum

Apa khabar?
Sempena sambutan 先生の日 hari ni,aku nak tulis sikit lah pasal kehidupan kat JAD,just to give a peek at what im going through every day,every week.ni daitai je tau(lebih kurang) je sebab jadual setiap minggu lebih kurang je pun.so i will go through each day,jom!!


Hari isnin
Bangun pagi,siap2,awal pagi dah ada kelas nihonggo(bahasa jepun),u2 ni ada kougi rikai(pemahaman lecture) untuk melatih skill menyalin nota dalam kelas science(duh).
pastu ada kelas halimah sensei,denshi kairou(electronic circuit).subjek ni antara subjek susah gak,aku selalu tak faham pun apa yang sensei cakap dalam kelas.tapi sebab sensei selalu buat lawak dalam kelas,selalu citer2,so kelas jadi best(eventhough tak faham kan).
Next ada kelas roza sensei,denjiki(electromagnetism),another hard subject.roza sensei selalu guna hari bulan untuk suruh student buat soalan kat depan,so kalau date hari tu tak kena dengan no student kau,kira selamat lah.dah lah susah nak faham,setiap kali aku tanya,mesti kena bahan.
"Kamu ok tak ni?"
Pastu kena gelak dengan satu kelas-_-
Habis tiga masa,rehat,solat zuhur,pastu sambung.hari isnin lepas zuhur ada jikken(eksperimen),gilir2 sama ada electric atau electronic.jikken ni best sebab tak belajar je,tapi penat sangat,pastu bertambah menyirap kalau eksperimen fail.nak menangis pun ada.pastu buat report belambak2,hantar minggu seterusnya.boleh naik gila buat jikken dengan report setiap minggu

Hari selasa
Pagi2 ada kelas ueno sensei,maths.sem ni ueno sensei ajar furier transform.dia ajar benda sama je setiap minggu,tukar sikit2 je,untuk apa,aku pun tak tahu.nanti nak final,tahu lah iA.
Lepas kelas ueno sensei,kelas halimah sensei.selalunya isnin selasa ni,kelas halimah sensei jadi kelas gossip2,bahan-membahan,lagi2 kalau minggu tu dah jikken dengan dia.mangsa dia akulah.naik segan aku bila kena dengan sensei.nonetheless,aku tahu sensei just nak rapat je dengan kitorang ni.
Lepas tu,kelas azwan sensei,denki kairou(electric circuit).azwan sensei ni,boleh dikatakan antara sensei yang baik lah,sebab apa?sebab dia tak pernah marah,sekalipun dia tak pernah marah sesiapa pun.kelas dia memang ah susah,kira2 bagai,tak paham lagi.tapi aku suka sangat kelas dia.no pressure at all.boleh sembang2.
Lepas tu,rehat.
Sambung dengan jikken day 2.selalunya,hari selasa ni jadi living zombie sebab malam nya bertungkus lumus siapkan report,report kena hantar sebelum pukul 5 hari selasa,so hari selasa kelam kabut lah sikit.

Hari rabu
Rabu dimulakan dengan kelas hatono sensei,bussei(solid state) dan diakhiri dengan kelas dia gak sebab ada dua masa.kalau kau tanya aku,kelas dia belajar apa,aku akan cakap "zenzen wakaranai".sebab memang tak paham langsung apa benda dia ajar.abah cakap membazir je belajar benda ni sebab engineer tak pakai pun benda ni.aku just follow the flow je.ke aku sorang je yang tak faham kot?
Next is kelas igarashi sensei.dia ajar math.laplace transform.awal2 senang,pastu tiba2,ada satu minggu tu aku tak paham langsung.mende apa ni? Susah tahap dewa,maths yang kena hafal2.pastu waktu test haritu,ada salah bodoh2 sikit,dia panggil "orang utan" sebab buat kesalahan yang tak sepatutnya :p.menyirap pun ada gak,tapi aku tahu tu kata2 semangat untuk aku :p
Lepas rehat ada kelas taki sensei.dia ajar internet processing punya theory.so dengar lecture je lah which also means sleep.serius bosan weh dgr orang berumur bagi lecture.try dengar orang cakap2 kat radio dengan volume yang paling slow.macam tulah rasa dia.test dia pun susah,tapi carry mark dia sikit so tak rasa sangat lah(kot).lepas tu kelas hatono sensei masa kedua.

Hari khamis
Khamis kelas first kelas azwan sensei.azwan sensei sempoi,dia bagi kelas aku dtg lambat sebab dia pun tak nak datang awal(bagus kan,sensei yang memahami ni TT).
Lepas tu,kelas yasuda sensei.belajar linux.walaupun best main computer,tapi kalau kau terlupa bawak pendrive,serius penat.kena balik bilik ambik,sensei pulak sanggup tunggu which means kau dah menyusahkan satu kelas.-_-
Lepas tu kelas nihonggo.khamis punya kelas nihonggo ada kuiz bunpou(grammar).disebabkan aku malas belajar sejak zaman matrik lagi,bunpou aku memang teruk gila.so setiap hari khamis.memang tak tenang lah aku.tapi boleh tahan lah,setiap kali kuiz takde lah teruk sangat.:D
Lepas rehat,dulu ada kelas toeic,tapi toeic dah habis so,dia buat kelas lain,so akan ada sensei alihkan kelas dia ke waktu petang khamis.

Hari jumaat
Hari jumaat dimulakan dengan kelas hatono sensei iaitu keisoku(measurement).ini boleh dikira antara subject killer gak.haritu ada test,'sakit mata aku buat test tu'(if you know what i mean o_<).selalunya kelas hatono sensei ni kelas tido lah,dah tak faham pape,takpun study subject lain.
Lepas tu,ada fyp,final year project.aku punya team boleh tahan lah.tapi takde pun semangat2 sampai nak menang robocon bagai.tantou sensei(lecturer-in-charge),kita sensei,dia pernah ajar aku dulu waktu u1,so takde lah janggal sangat around dia.cuma kesian bila group discussion(dalam bahasa melayu) dia takleh join,angguk2 je(gomen sensei,bokuwa,nihonggo ga heta dakara)

Hmm.ni daitai je lah.setiap hari pack macam sardin.boleh dikatakan setiap minggu ada je subject yang kena hantar homework,ada test,kena hantar report,kena buat presentation.
Dan setiap minggu,tanpa "jemu",my friends and i go through it together.
Sensei-tachi(para sensei) dan rakan-rakan banyak tolong aku dengan pembelajaran kat sini.family aku pun takleh tolong sangat,dah dalam bahasa jepun.

Setiap kali aku tanya soalan 'bodoh2' kat sensei,sensei jawab lah juga,padahal salah diri sendiri sebab terlelap.
Waktu jikken banyak bergurau,alat2 rosak,sensei gak yang tolong.
Ada soalan pasal pemilihan universiti lat jepun,penetapan intra,etc etc,sensei gak yang buatkan

Sensei2 kat jad ni memang bagus.
Aku takleh kata yang cara mengajar diorang tak sesuai.cara pengajaran diorang salah,dah lapuk.
Sebab ada je orang yang boleh jawab soalan2.
Aku takleh kata salah diorang kalau aku tak faham apa2,diorang tak cukup beri penerangan dalam kelas.
Walhal,selalu tidur dalam kelas,report,homework tiru kawan punya.
Aku takleh kata sensei-tachi selalu lepas tanggungjawab,tak tolong betul2,buat kerja tak serius.
Sebab aku sendiri tak pernah jumpa sensei kalau aku ada soalan.aku sendiri tak pernah jumpa sensei kalau aku ada masalah.

Pengorbanan sensei kat jad ni amatlah besar.
Kesian tgk hatono sensei berpeluh2.roza sensei duk komplen kelas panas
Kesian kat sensei bila dia tanya mana pelajar sekian2,tak datang ke?
Kesian sensei bila dia suruh kita buat soalan,buat dek je,tunggu orang lain buat supaya kita boleh tiru.
Kesian kat sensei,dia habiskan air liur bagi penerangan kat depan,kita duk tidur kat belakang,main handfon,study subject lain
Kesian kat sensei,dia dari minggu lepas lagi pesan suruh hantar homework,kita buat bodoh je

Mungkin korang akan kata ni ayat cliche,di mana 
"Kita bukan sepatutnya sambut 先生の日 hari ni je,malah sepatutnya setiap hari bla.. bla.. bla.."
Tapi adakah kita betul2 menyambutnya setiap hari?
Adakah sikap kita dalam kelas melambangkan rasa hormat kita dengan sensei?
Adakah kita menggunakan bahasa yang sesuai,tunjukkan tingkah laku yang molek?

Pakai t-shirt dgn selipar ke kelas,dtg kelas lambat,report,homework tiru member,dalam kelas tak reti nak diam,selalu main handfon.

Ini ke rasa hormat terhadap sensei?
Kalau macam ni,kita tak layak pun nak sambut warga pendidik ni.dalam setahun kita sambut diorang sehari je,yang selebihnya,we show disrespect towards them.is that it?and you expect to leave college,university with flying colours and everyone will remember you?

No,zettai.

Kita kenalah balas balik,bukan sahaja dalam bentuk result,tapi dengan sikap terhadap depa.never too late for a change.

Ubah sikap kita dalam kelas,start focusing on the lecturers,no more fooling around.finish your homework on time.don't be noisy in class.

Skema nya lahai

Takpe,asalkan dapat redha Allah dan sensei.kalau boleh jadi rapat dengan sensei,boleh sembang2,thats a bonus lah.tapi make sure hubungan antara kita dengan sensei terjaga

Sensei
Jasa mu tak mampu ku balas
Curahan ilmu mu ku tadah
Agar dapat ku manfaatkan
Jentera pembina generasi masa hadapan

色々、ありがとうございます
Doakan saya dan rakan-rakan dapat fly ke jepun ye sensei

先生の日、おめでとうございます
Yang dapat dean's list,omedetou!!!!!
doakan aku supaya aku dapat juga,nanti boleh cerita kat anak cucu

-fin-

Just an entry sempena sambutan 先生の日,saja je nak tulis2 sikit

Lambat kan?16/5 tapi sambut 4/6
Hmm better late than never lah kot.:p
Walaupun aku boleh kena marah sebab pakai nama sensei,just nak sampaikan yang aku nak minta maaf sangat2 kat sensei2 aku,perangai aku dalam kelas memang the worst,aku tahu.results teruk,aku rasa aku lah paling teruk dalam batch ni.tulah rasa pressure.lagi2 dalam kelas,takleh nak catch up langsung dgn speed orang lain.sensei semua memang the best.wouldn't trade them for anyone else.ibarat mak bapa dah kat sini,boleh kongsi masalah,boleh sembang2.
memang best.pasal tulah rasa marah kat diri sendiri sikit.takut rosakkan harapan sensei kat diri aku ni.

Sayang sangat kat sensei,especially denden no senseitachi.tak dilupakan ee2 yang memang best.setiap hari ada je huru-hara.biarpun kelas last aku sayang kelas ee2.aku sayang sensei2.
Hidupkan #dendenkanfamily.
Tak dilupakan juga ye ee1 dan kikaitachi huhu.
Cuma sebab ee2 ni dah setahun lebih,so diorang ni more closer to my heart,toiuyori,kazoku #dendenkazoku

Aku consider diri aku sebagai budak last dalam batch,so sebab tu juga confidence level aku rendah sangat.kawan2 lain kata result diorang teruk,padahal result aku jauh lagi teruk.sensei2 pula macam menaruh harapan kat aku which made me really nervous in class.so rasa menyesal pun ada kalau takleh buat soalan yang sensei suruh.
"Mungkin jad ni tak sesuai kot dgn aku"
Banyak kali juga lah benda ni bermain kat dalam kepala otak aku,dan setiap kali benda ni dtg jugalah aku cuba untuk buang,sebab aku percaya ada sebab aku masuk jad.takkan sia2 aku masuk sini,so aku pun takkan sia2kan peluang aku.

Akhir kata,aku doakan satu batch aku dapat fly ke jepun,best of luck,balas balik jasa ibu bapa dan guru kita,semoga Allah redha dengan kita.

Cheers!!


Comments

Popular posts from this blog

Summer time

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

Manusia